SYARAT-SYARAT KONTRAK SOSIAL

SYARAT-SYARAT KONTRAK SOSIAL

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan kedudukan istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian kedudukan istimewa kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera).
Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak." 

Perlembagaan secara ketara memberikan: 
(1) tanah rizab Bumiputera;
 (2) kuota dalam perkhidmatan awam;
 (3) kuota dalam biasiswa;
 (4) kuota dalam pendidikan awam;
 (5) kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan.
 Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.
Perlembagaan juga merangkumi unsur-unsur tradisi Melayu sebahagian identiti Negara Malaysia, itulah termasuk Islam sebagai agama persekutuan (Perkara 3), bahasa Melayu sebagai bahasa negara (Perkara 152), kedudukan institusi raja dan kewarganegaraan mengikut prinsip jus soli. Walaupun banyak orang melayu, terutama orang parti UMNO merujukkan hak-hak keistimewaan tersebut adalah sebagai "rights".
Idea tersebut berhujah bahawa tujuan kontrak sosial adalah "untuk melindungi kaum Melayu dan mengurangkan kesan di segi ekonomi, pentadbiran dan politik daripada kaum pendatang pada masa itu", dan bukan memberi hak-hak khas kepada orang Melayu.
Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.



DISEDIAKAN OLEH : FATIN HUMAIRA BINTI MOHAMAD IDRIS

SUMBER RUJUKAN:PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KEENAM (OXFORD FAJAR)

No comments:

Post a Comment

VIDEO KONTRAK SOSIAL