SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA


  • Pemerintahan dan pentadbiran negara adalah berasaskan suatu sistem yang telah sedia dipraktikkan oleh masyarakat Melayu sebelum era kolonial lagi.
  • Struktur pentadbiran sebuah kerajaan Melayu dapat dilihat dengan begitu jelas pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
  • Tun Sri Lanang dalam karya agungnya, Sulalatus Salatin menggambarkan tentang tiga unsur teras iaitu raja/sultan, para pembesar dan rakyat.
  • Tiga unsur ini menjadi piagam politik bukan sahaja pada zaman kerajaan Melayu Melaka, malahan kerajaan-kerajaan Melayu selepasnya.
  • Pada abad ke-19 setelah kedatangan britih berlakunya perubahan dalam hala cara berpolitik, sistem pemerintahan dan pentadbiran negara kerana British mula campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri-negeri Melayu dan memperkenalkan bentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu.
  • Keadaan ini berlanjutan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan struktur pentadbiran baharu diterima pakai yang dikenali sebagai Sistem Pengasingan Kuasa.
  • Pengasingan Kuasa Pemerintahan Negara terbahagi kepada 3 iaitu Badan Eksekutif (Pentadbiran) menjalankan hal ehwal pentadbiran negara, Badan Legislatif (Perundangan) membentuk undang-undang dan Badan Judisiari (Kehakiman) menjalankan proses kehakiman/keadilan.
  • Secara dasarnya, walaupun sistem pengasingan wujud, namun pada hakikatnya pengasingan kuasa tersebut sukar dijalankan secara menyeluruh memandangkan setiap badan tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA





Rajah tersebut merupakan pengasingan kuasa yang diguna pakai di dalam sistem berkerajaan di Malaysia.

DISEDIAKAN OLEH: NURHAYATI BINTI CIPTO GUNAWAN

SUMBER RUJUKAN : 
  • PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KELIMA (OXFORD FAJAR)
  • http://badangpengajianmalaysia.blogspot.com/2015/10/bab-3-sistem-pemerintahan-dan.html 



No comments:

Post a Comment

VIDEO KONTRAK SOSIAL