SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN


  1. Sultan 
  • Menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
  • Mengetuai angkatan tentera
  • Melantik pembesar negeri
  • Menyelaras kegiatan ekonomi
  • Menjadi lambang perpaduan rakyat 
  • Mengetuai hubungan diplomatik
     
     2. Bendahara ( Pembesar EMPAT )
  • Beliau merupakan menteri utama 
  • Bertindak sebagai penasihat kanan Raja
  • Mestilah berketurunan raja dan mempunyai pertalian rapat dengan Raja
  • Bendahara boleh bertindak sebagai Ketua Hakim sekiranya Raja tiada
  • Berperanan sebagai pemilih dan pelantik Raja 

  3. Penghulu Bendahari ( Pembesar LAPAN ) 
  • Beliau ialah bendahari kerajaan
  • Beliau berperanan untuk mengawal perbendaharaan negara
  • Beliau bertanggungjawab memungut cukai dan hasil negeri
  • Beliau menyimpan daftar hamba Raja dan ketua bagi semua syahbandar 
 4. Temenggung ( Pembesar ENAM BELAS )
  • Beliau berperanan sebagai pelaksana 
  • Juga dikenali sebagai ketua undang-undang, peraturan negeri dan keselamatan
  • Beliau juga digelar sebagai Ketua Polis Negara
  • Menjadi pendakwa sekiranya berlaku kesalahan individu yang terbukti 
  • Dalam adat istiadat, bertindak sebagai ketua protokol

 5. Laksamana (Pembesar TIGA PULUH DUA )
  • Tokoh pertama yang menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah, semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah.
  • Laksamana merupakan pahlawan dalam peperangan terutamanya di laut
  • Digelar sebagai 'raja di laut'
  • Mengetuai semua pahlawan kerajaan
  • Bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi
  • Menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan.

DISEDIAKAN OLEH : SITI RAUDHA BINTI ZAKARIA

SUMBER RUJUKAN: PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KELIMA (OXFORD FAJAR)

No comments:

Post a Comment

VIDEO KONTRAK SOSIAL