KONTRAK SOSIAL
- Apakah yang dimaksudkan dengan Kontrak Sosial?
Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu,Cina dan India serta parti-parti yang mereka wakili iaitu parti UMNO,MIC dan MCA yang telah mencapai kemenangan melalui Parti Perikatan pada pilihan raya tahun 1955.Bagaimanapun,kontrak sosial perlu dianggap sebagai sebuah persetujuan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum,bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu.Permuafakatan itu membawa sokongan yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955.Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.
- Musyawarah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu 'Syawara' yang bermaksud berunding.Musyawarah sering dikaitkan dengan politik atau demokrasi.Prinsip tersebut tidak dapat dipisahkan kerana dalam politik terutamanya politik yang mengamalkan demokrasi amat menitikberatkan konsep musyawarah ini kerana setiap langkah yang diambil oleh pemimpin,mereka perlu berunding dengan parti-parti politik di negara mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan dengan hal pentadbiran negara.
Oleh sebab itu generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu.Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera adalah sebahagian daripada kontrak sosial.Oleh kerana bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa.Kepada mereka komproni ini terikat kepada masa tertentu, jadi mereka tidak nampak relevannya sekarang.
DISEDIAKAN OLEH : FATIN HUMAIRA BINTI MOHAMAD IDRIS
SUMBER RUJUKAN:PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KEENAM (OXFORD FAJAR)
DISEDIAKAN OLEH : FATIN HUMAIRA BINTI MOHAMAD IDRIS
SUMBER RUJUKAN:PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KEENAM (OXFORD FAJAR)
No comments:
Post a Comment