- Pembentukan Malaysia mula tercipta pada 27 Mei 1961 melalui ucapan perdana menteri yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj di hotel Adelphi, Singapura. Idea ini dikemukakan kerana Tunku Abdul Rahman ingin membentuk satu penyatuan perpaduan dari segi ekonomi, politik dan sosial melibatkan persekutuan Tanah Melayu dan kawasan-kawasan Jajahan British iaitu :-
- Brunei
- Sabah
- Singapura
- Sarawak
- Idea ini dikemukakan juga kerana tanah melayu dan wilayah-wilayah terbabit dilihat sukar untuk berdiri dikaki sendiri (berdikari). Ianya juga dilihat berasingam dalam menghadapi sebarang persaingan diperingkat antarabangsa. Dengan cara ini juga kerjasama antara penduduk di wilayah-wilayah dapat dipertingkatkan dari segi politik, ekonomi dan social sekaligus demi menjayakan pembentukan gagasan politik baru di asia tenggara. Gagasan ini juga bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi.
- Pada bulan Januari 1961 Tunku Abdul Rahman telah mengadakan pertemuan dengan Lee Kuan Yew di Singapura. Manakala pertemuan bersama Senu Abdul Rahman semasa kunjungan beliau ke Sabah, Sarawak dan Brunei. Pertemuan bersama Harold MacMilan, iaitu perdana menteri British pula diadakan di London pada awal tahun 1961. Perisitiwa ini membuktikan bahawa idea ini dititikberatkan dan berpandangan jauh. Pada abad ke-19, idea ini telah diutarakan beberapa kali sebelum kemerdekaan Tanah Melayu oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, iaitu Lord Brassey yang mencadangkan supaya negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat menjadi sebuah tanah jajahan mereka. Tetapi cadangan itu ditolak oleh pemegang saham syarikat berkenaan.
- Idea penggabungan semua wilayah juga sekali lagi dicadangankan oleh Pesuruhjaya Besar British, Malcom Mac Donald pada tahun 1949-1952 namun cadangan ini tidak dilaksanakan. Cadangan umpama ini juga pernah dilahirkan oleh Mohd.Ghazali Shafie pada tahun 1954 yang mencadangkan penubuhan Komenwal Asia Tenggara.
- Idea gabungan yang lebih kecil yang melibatkan Tanah Melayu dan Singapura juga pernah diutarakan beberapa kali, terutama oleh ketua menteri Singapura.
- David Marshall (ketua menteri yang pertama)
- Lim Yew Hock (ketua menteri yang kedua)
- Penggabungan kecil yang melibatkan Singapura dan Tanah Melayu tidak dapat diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini kerana fenomena akan melibatkan ancaman politik di Tanah Melayu. Jumlah besar masyarakat Cina di Singapura boleh menggugat majoriti Melayu yang wujud pada waktu itu. Imbangan kaum seumpama ini akan dipandang sebagai isu sensitif kepada masyarakat melayu yang sebelum ini lebih ramai dan mempunyai suara (hak-hak istimewa).
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA
- Mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis.
- Memberi kemerdekaan kepada Sabah,Sarawak,Singapura dan Brunei.
- Perkongsian faedah ekonomi.
- Pembelaan hak masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak.
- Menjaga kepentingan dan hak kaum bumiputera.
DISEDIAKAN OLEH : FATIN HUMAIRA BINTI MOHAMAD IDRIS
SUMBER RUJUKAN:PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KELIMA (OXFORD FAJAR)
SUMBER RUJUKAN:PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KELIMA (OXFORD FAJAR)
No comments:
Post a Comment