PERPADUAN DAN KEMSYARAKATAN

Konsep Perpaduan

-Proses perpaduan merujuk kepada penyatuan masyarakat dalam semua aspek kehidupan seperti ekonomi,politik dan sosial.

-Perpaduan penting bagi negara mempunyai kepelbagaian etnik,bahasa,agama,budaya seperti Malaysia

-Keutuhan sesebuah negara bergantung pada keharmonian sosial yang boleh wujudkan kestabilan politik yang membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara

Konsep Masyarakat Majmuk

-Kumpulan manusia yang menetap bersama di suatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan terdapat pelbagai kaum dan bangsa yang berlainan

-Masyrakat yang terdapat pelbagai bangsa yang berbeza dan berada dalam satu unit politik yang tetapi terpisah disebabkan tidak wujud interaksi antara satu kaum yang lain

Masyarakat Malaysia

Bumiputera:Penduduk asal malaysia yang dijamin perlembagaan
Contoh:Melayu,orang asli,murut,iban,kadazan dan sebagainya

Bukan Bumiputera:Bukan penduduk asal dari kaum Cina,india,sikh dan kaum minoriti yang lain

Konsep Integrasi

-Konsep integrasi merujuk kepada proses penyatuan semua aspek fizikal,sosial,ekonomi,politik termasuk aspek biologikal

-Aspek biologikal ialah kesanggupan pelbagai kumpulan etnik untuk berkahwin campur

-Namun tidak semua orang mesti berkahwin campur antara etnik memadai terdapat beberapa wakil yang sanggup untuk hadap bersama

Kesimpulan

-Perpaduan dan intergrasi nasional adalah 1 usaha dan proses penyempurnaan dengan menggunakan kaedah tertentu bagi mewujudkan sebuah masyarakat beridentiti nasional.

Unsur-Unsur Integrasi

-Politik
-Wilayah
-Sosial
-Kebudayaan
-Ekonomi
-Pendidikan

Proses-Proses Integrasi

-Segregasi
Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara

-Akomodasi
Proses menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati nama dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya masing-masing

-Akulturasi
Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari satu kebudayaan lain yang berbeza

-Asimilasi
Proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk
satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama

-Amalgamasi
Proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi,proses ini mewujudkan kelompok baru dengan budaya yang baru iaitu proses perpaduan yang melibatkan perkahwinan campur

DISEDIAKAN OLEH:MUHD HAFIZ BIN MOHD WAHAB

SUMBER RUJUKAN:

  •  https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
  • PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KELIMA (OXFORD FAJAR)

No comments:

Post a Comment

VIDEO KONTRAK SOSIAL