PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN
PENGENALAN
- Ciri bagi sebuah tamadun yang berjaya ialah agama.
- Agama dapat membezakan sesuatu tamadun dengan tamadun lain.
- Agama juga melambangkan adat resam atau sistem kepercayaan.
- Tamadun itu tidak akan wujud sekiranya tiada agama yang dianuti oleh sesuatu tamadun dan akibatnya akan berlaku kemusnahan jika hanya bergantung kepada pembangunan fizikal.
- Malaysia juga merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan kepercayaan.
PERKEMBANGAN AGAMA DI MALAYSIA
AGAMA ISLAM
- Kebanyakkan orang Melayu adalah beragama Islam.Seawal abad ke-13 Islam telah sampai ke Tanah Melayu dan dapat dibuktikan melalui penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1212.
- Perkembangan Islam di Tanah Melayu telah berkembang maju dengan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Islam makin berkembang maju apabila Raja Melaka dan diikuti rakyat Melaka memeluk agama Islam. Pada masa ini, Islam tersebar melalui pedagang, perkahwinan dan perdagangan. Kedatangan Islam banyak mengubah kehidupan masyarakat Melayu yang dahulunya menganut kepercayaan animisme, perkara ghaib dan tahyul.
- Islam mengajarkan umat manusia mengenai Tuhan, iatu Allah yang maha Esa dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah dan rasul yang terakhir. Manusia diciptakan oleh Allah untuk menjadi Khalifah Allah dan manusia perlu bertakwa dan beriman hanya kepada Allah.
- Agama Islam juga ramai dianuti oleh orang Melayu kerana agama yang senang difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian melalui cara berpakaian, pergaulan, pemakanan, hubungan sesama manusia dan lain-lain lagi.
- Bulan Ramadan
- Bulan Syawal
- Maal Hijrah
- Maulidur Rasul
- Hari Raya Haji
- Nuzul al-Quran
- Agama Buddha juga merupakan antara agama yang terawal sampai ke Alam Melayu. Kedatangannya dibuktikan dengan adanya candi-candi Buddha di Lembah Bujang, Kedah.
- Dari segi sejarah, agama Buddha diasaskan oleh Sidartha Gautama. Beliau merupakan seorang putera raja dari India yang dikenali sebagai Shakyamuni.
- Ajaran Buddha menekankan beberapa kitaran kehidupan iaitu Sila, Renungan, Kesedaran, mencapai Sambodhi, terlepas daripada pusingan kelahiran atau Nirvana dan Hukum Karma.
- Kebanyakkan masyarakat Cina lebih berpegang kepada ajaran seperti Taoisme. Confucious dan penyembahan nenek moyang.
PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT CINA
- Tahun Baru Cina
- Chap Goh Mei
- Pesta Tanglung
- Ching Ming
- Chung
- Agama Hindu dikaitkan dengan masyarakat India kerana kebanyakan masyarakat India di Malaysia adalah beragama Hindu. Agama Hindu dari segi sejarah berasal dari negara India.
- Hari Deepavali
- Thaipusam
- Tahun Baru India
- Perayaan Menyambut Dewa
- Ponggal
DISEDIAKAN OLEH:NURHAYATI BINTI CIPTO GUNAWAN
SUMBER RUJUKAN : PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KELIMA (OXFORD FAJAR)
No comments:
Post a Comment